Semakin cantik, kacak… Pelakon cilik Bollywood 90an meningkat dewasa


shadow

Boleh dikatakan era 90an sememangnya banyak menampilkan filem-filem Bollywood yang “Blockbuster” dan berkualiti dan terus diingati sehingga ke hari ini.

Sebut sahaja nama-nama filem seperti Kuch Kuch Hota Hai, Khabi Kushi Khabi Gham pasti semua orang akan mengingati watak kanak-kanak yang menghidupkan jalan cerita filem tersebut.

Tidak kiralah watak yang dipegang sebagai seorang anak ataupun adik mereka kini sudah pasti meningkat dewasa malahan cantik dan kacak yang tidak dapat kita gambarkan.

Disini disenaraikan 5 top artis Bollywood yang semakin cantik dan kacak.

1. Sana Saeed (Kuch Kuch Hota Hai)

Siapa masih ingat lagi dengan watak utama dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.

Memegang watak sebagai Anjali anak kepada Shah Rukh Khan dan Rani Mukherjee kini berusia 30 tahun.

Selain itu, Sana juga ada membintangi filem Badal, Har Dil Jo Pyar Karega, dan Student Of The Year.

2. Abhishek Sharma ( Ka Ho Nar Pyar Hai)

Abhishek Sharma nama yang tidak asing apabila sering memegang watak kanak-kanak yang bijak.

Malah bakatnya semakin menyerlah dalam filem Kaho Na Pyar Hai.

Memegang watak Amit, adik Rohit (Hrithik Roshan), filem arahan Rakesh Roshan ini memenangi banyak anugerah pada tahun 2000.

Bagaimanapun 16 tahun telah berlalu, sekarang Amit Abhishek Sharma telah menjadi pelakon yang sangat berbakat dan pastinya lebih kacak dan idola wanita.

3. Parzaan Dastur (Kuch Kuch Hota Hai)

Masihkan anda ingat budak Singh kecil yang suka kira bintang di langit setiap kali wataknya muncul dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.

Parzaan Dastur kini sudah berusia 27 tahun telah membintangi 11 filem selepas penampilan pertamanya dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.

4. Malvika Raaj (Khabi Kushi Khabi Gam)

Memegang watak sebagai Kareena Kapoor ketika kecil dengan nama Pooja dalam filem Khabi Kushi Khabi Gam, Malvika kini berusia 25 tahun dan mempunyai rupa paras yang cantik.

Bagaimanapun selepas filem Khabi Kushi Khabi Gam ditayangkan pada 2001, beliau tidak lagi berlakon dalam mana-mana filem sehinggalah 2017 berlakon dalam Jayadev.

5. Jibraan Khan (Khabi Kushi Khabi Gam)

Kanak-kanak lelaki yang memegang watak sebagai anak Shah Rukh Khan, Krishi Raichand boleh dikategorikan sebagai budak comel dalam filem Khabi Kushi Khabi Gam.

Beliau kini berusia 25 tahun hanya membintangi 2 filem selepas itu.

Tinggalkan komen anda