“Al-Fatihah untuk ayah..” – Bapa Remy Ishak hembus nafas terakhir


shadow

Bapa kepada pelakon popular Remy Ishak iaitu Ishak Idris meninggal dunia awal pagi tadi.

Perkara tersebut diberitahu Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak menerusi laman Instagram sebentar tadi.

Pelakon filem Sangkar itu memuat naik posting gambar di sisi arwah bapanya ketika dirawat di sebuah hospital.

“Ayah saya Ishak Bin Idris menghembuskan nafas yang terakhir awal pagi tadi. Al- Fatihah untuk ayah,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, pelakon berusia 37 tahun itu tidak berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit dihadapi dan akibat Allahyarham meninggal dunia.

Posting berkenaan dihujani ucapan takziah rakan selebriti dan peminatnya yang rata-rata mendoakan agar arwah bapanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Salam takziah

Al-Fatihah

Semoga diampunkan segala dosa

Sumber : Remy Ishak

Tinggalkan komen anda