Da’i Farhan tarik balik saman, sahabat bekas isteri tuntut permohonan maaf secara terbuka


shadow

Nampaknya kini kontroversi berkaitan rumah tangga Da’i Farhan bersama isteri barunya ‘Dr’ Aerin, satu persatu diperkatakan. Umum sedia maklum, bahawa rakan baik bekas isteri pendakwah tersebut ada mengeluarkan kenyataan.

Menggunakan nama akaun Facebook Ches Al-Maliki, kenyataannya itu telah membuatkan Da’i Farhan membuat laporan polis dan tindakan saman kerana mendakwa ia adalah satu tindakan membalas dendam.

Saya tuntut permohonan maaf

Bagaimana pun, dimaklumkan bahawa saman yang dibuat telah ditarik balik. Justeru, sahabat bekas isteri Da’i itu telah meminta agar pendakwah tersebut membuat surat rasmi dan permohonan maaf secara terbuka di atas tuduhannya sebelum ini.

“Saya menuntut surat rasmi & permohonan maaf dibuat secara terbuka melalui tulisan & video seperti mana antum dengan penuh yakin mengumumkan bahawasannya saya telah membuat fitnah…”

Tiada permohonan maaf, saman menanti

Wanita itu memberi masa 24 jam kepada Da’i Farhan untuk membuat permohonan maaf, jika gagal pendakwah tersebut bakal berhadapan dengan tindakan saman daripada pihaknya pula.

Terdahulu, Da’i Farhan telah membuat laporan polis terhadap beberapa individu dengan niat mahu memberi pengajaran terhadap mereka, agar tidak sesuka hati mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Sumber : Ches Al-Maliki

Tinggalkan komen anda