Dulu hero Malaya, Hairie Othman dilihat makin selesa ikut kerja dakwah


shadow

Kalau sebut nama Hairie Othman, pasti ramai yang membayangkan watak ketenteraannya dalam filem Leftenan Adnan, yang sehingga kini masih menjadi tontonan ramai.

Namun kini, jarang sekali kita lihat lakonan pelakon tersebut di layar perak dan sudah pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah yang dilakukan oleh hero filem Malaya itu sekarang.

Banyak kerja dakwah…

Rupanya, kini pelakon tersebut lebih selesa dengan kerja-kerja dakwahnya dan banyak mengikuti majlis ilmu di samping menyampaikan ceramah kepada orang ramai.

Habiskan masa bersama keluarga

Menjengah ke laman Instagramnya, pelakon itu juga banyak meluangkan masa bersama keluarga, mengembara bersama rakan-rakannya sementara meneruskan aktiviti dakwah.

Terdahulu, Hairie dalam satu temu bual ada menyatakan bahawa jiwanya masih dekat dengan bidang lakonan. Pastinya ramai yang merindukan lakonan hero Malaya itu. Diharapkan semoga Hairie berjaya dalam kerja dakwah dan bidang lakonannya.

Sumber : Hairie Othman

Tinggalkan komen anda