Farid Kamil Dibenar Tangguh Hukuman Penjara 9 Bulan


shadow

Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil dibenar menangguhkan pelaksanaan hukuman penjaran sembilan bulan yang dijatuhkan terhadapnya atas kesalahan menggunakan dadah sehingga rayuannya selesai.

Pada hujung November lalu, suami kepada Datin Diana Danielle diperintah menjalani hukuman itu selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuannya terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Pelating pada 15 Mei lalu.

Penangguhan pelaksanaan hukuman itu dibenarkan dengan syarat jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, pemohon boleh memohon pasport diserahkan sementara kepadanya jika ada keperluan.

Terdahulu, Farid telah pun menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang selepas Mahkamah Majistret tidak membenarkan pemohoannnya untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.

Mengikut pertuduhan, Farid didakwa menggunakan dadah pada jam 4.30 petang di Pejabat Narkotik Petaling Jaya, dalam Daerah Petaling Jaya, pada 11 Januari 2018.

Tinggalkan komen anda