Peguam Dedah Da’i Farhan Cerai Isteri Pertama Melalui WhatsApp?


shadow

Rumah tangga Da’i Nik Ahmad Farhan hangat diperkatakan apabila pendakwah itu mengumumkan telah berkahwin dengan seorang janda anak lapan ketika isterinya sedang sarat hamil anak kedua mereka.

Tiada angin tiada ribut, pendedahan dari seorang peguam mengenai rumah tangga pendakwah muda itu ternyata mengejutkan netizen yang memaklumkan Da’i Farhan sudah menceraikan isteri pertamanya dengan talak satu melalui aplikasi WhatsApp.

Perkara itu didedahkan oleh peguam terkenal, Asiah Abd Jalil menerusi Facebook miliknya yang mengesahkan bahawa dia sudah pun mendengar lafaz cerai yang disampaikan menerusi voice note.

Tambah peguam itu lagi, alasan bercerai kerana Fatin nusyuz dan telah memfitnah suaminya. Lebih mengejutkan, peguam itu memaklumkan Fatin mendakwa telah dipukul dan dikurung oleh Da’i Farhan dan laporan polis sudah pun dibuat.

Menurut peguam itu lagi, Da’i Farhan kini dikatakan berada di China bersama isteri keduanya. Setakat ini, masih tiada sebarang kenyataan lanjut berhubung perkara itu daripada Fatin mahupun Da’i Farhan. Malah tiada sebarang status di muat naik menerusi media sosial masing-masing.

Terdahulu, isteri pertamanya, Fatin Nur Ain akui kecewa dengan tindakan suaminya yang berkahwin lagi dan pada awalnya redha dalam paksa, namun kini dapat melalui ujian tersebut dengan baik.

Tinggalkan komen anda