Ridhuan Tee Bengang Ustaz Segera Sengaja Cipta Kontroversi


shadow

Sejak kebelakangan ini semakin banyak pula kontroversi melibatkan rumah tangga pendakwah selebriti. Baru saja reda isu mengenai Da’i Nik Farhan, timbul lagi kisah seorang lagi pendakwah selebriti yang didakwa berlaku curang.

Kontroversi itu memberikan tanggapan negatif pada golongan pendakwah, malah turut dilabel penunggang agama. Bengang dengan apa yang berlaku, penceramah bebas Mohd Ridhuan Tee Abdullah menasihati pendakwah selebriti supaya menjaga adab.

Ridhuan turut meminta pendakwah program realiti menjaga perbuatan mereka agar tidak mencemarkan imej Islam. Ujarnya lagi, golongan ini sepatutnya sedar mengenai peranan mereka untuk mendidik masyarakat dan bukan hanyut dengan dunia glamor.

“Kalau betul-betul kita boleh lahirkan ustaz segera dan dia menjadi (berwibawa), dia memang boleh jadi ikutan dan membentuk penonton. Tapi yang menjadi masalahnya apabila mereka diketengahkan dia tidak dapat jaga diri. Saya pantang ada ustaz segera cemarkan imej Islam.

“Sesetengah pendakwah tenggelam dalam dunia glamor malah terlibat dalam kontroversi sehingga merosakkan institusi agama sedangkan mereka pembawa imej seorang pendakwah.

“Sebagai ustaz anda kena jaga penampilan, jangan cerai isteri ketika mengandung. Kalau nak cerai sangat buat diam-diam, jangan hebohkan,” katanya.

Terdahulu, Ridhuan Tee ada memuat naik kenyataan memberi teguran kepada teguran kepada golongan pendakwah susulan kontroversi berlaku yang disifatkan boleh merosakkan imej Islam.

Katanya lagi, tiada masalah untuk berkahwin lebih daripada satu tetapi kahwinlah baik-baik dan jangan lakukan perkara pelik seperti orang jahil.

Tinggalkan komen anda