Video panas dengan wanita lain, Da’i Hijrah jadi bualan hangat netizen?


shadow


Isu pendakwah selebriti kembali menjadi topik hangat apabila seorang lagi bekas peserta program realiti didakwa berlaku curang selepas empat tahun berkahwin.

Menerusi pendedahan eksklusif mStar Online, wanita yang dikenali sebagai A mengalami tekanan emosi setelah mengetahui suaminya itu beberapa kali berlaku curang.

“Bukan niat saya untuk membuka aib suami kepada khalayak, namun saya tak mahu mereka terpedaya dengan penampilan golongan sebegini.

“Bayangkan suami saya sanggup melakukan panggilan tidak senonoh dengan wanita lain. Semuanya terbongkar selepas saya menemui rakaman video tersebut yang disimpan dalam telefon bimbitnya,” katanya.

Wanita tersebut juga mendakwa terjumpa beberapa keping gambar bekas teman wanita suaminya yang berusia 29 tahun itu menerusi pesanan peribadi (DM) di Instagram.

“Ini bukan kali pertama, sebelum ini dia pernah bertukar gambar berahi dengan bekas teman wanitanya menerusi DM di Instagram.

“Namun saya memaafkannya dengan harapan dia akan berubah. Namun sangkaan saya meleset, dia masih berperangai buruk biarpun selepas kami dikurniakan cahaya mata,” katanya.

Malah selebriti itu juga dikatakan sering menghantar DM kepada gadis-gadis bertujuan bagi memulakan perbualan tidak senonoh selain membuat panggilan video.

Tinjauan di Twitter dan Facebook mendapati, nama Da’i Hijrah menjadi sebutan netizen yang didakwa sebagai selebriti terbabit berdasarkan ‘klu-klu’ yang didedahkan.

Penat la nak maki

Bukan mahu buka aib tapi…

Geng2 kontroversi pendakwah selebriti

Buat hal pula?

Facebook & Instagram ‘hilang dari radar’

Sumber : mStar Online , Twitter , Facebook

Tinggalkan komen anda