A. Aida Mengaku Tidak Lagi Berhijab


shadow

Penampilan penerbit terkenal Datuk A. Aida di Anugerah Juara Lagu semalam ternyata mengejutkan ramai apabila tidak lagi berhijab. Menurut Aida, dia mengakui tidak lagi mengenakan tudung sejak beberapa bulan lalu.

Enggan mengulas lanjut mengenai keputusannya untuk tidak lagi berhijab, Aida memohon maaf di atas tindakannya itu serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

“Ya, betul saya tidak lagi berhijab. Tapi, saya tidak mahu bercakap banyak mengenai perkara ini. Saya minta maaf. Dokan yang baik-baik saja buat saya,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, A Aida mula mengenakan hijab selepas berkahwin pada Julai 2018 dengan pelakon, Ariff Aziz. Bagaimanapun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama sembilan bulan sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada April tahun lalu.

Tinggalkan komen anda