Ali Puteh Panggil Netizen Anjing Sebab…


shadow

Genap sebulan pemergian Allahyarham Abam Bocey, pelawak Ali Puteh berkongsikan foto kenangan bersama abang kesayangannya ketika zaman kanak-kanak mereka. Ali turut meluahkan rasa rindu buat abangnya dan mengatakan bahawa ibu turut merindukan Abam.

Rata-rata netizen meminta agar Ali bersabar dengan ketentuan Tuhan serta berdoa agar roh arwah abangnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Bagaimanapun, ada segelintir menyifatkan luahan Ali itu hanya mahu meraih simpati.

Malah, jika rindukan orang yang sudah pergi adalah lebih baik jika sedekahkan doa. Namun apa yang mengejutkan apabila Ali membalas komen netizen itu dengan cara kasar serta memanggil netizen tersebut anjing.

Melihatkan cara Ali membalas komen netizen itu ada yang melabelkannya seorang yang panas baran. Malah, ada netizen meluahkan rasa hairan mengapa pelawak itu tidak boleh menggunakan bahasa yang lebih elok untuk membalas komen tersebut.

Tidak kurang juga ada yang membandingkan keperibadian Ali dan arwah Abam yang jauh berbeza. Dalam pada itu, ada yang memberikan nasihat kepada Ali supaya lebih bersabar dan adalah lebih baik jika berdiam diri. (rtky/f)

Tinggalkan komen anda