“Sahur Bagi Kita Makan Nasi Goreng” – Kritik Masakan Katering Pusat Kuarantin, Individu Terima Kecaman Hebat Netizen!


shadow

Jika sebelum ini kecoh di media sosial mengenai keluhan pelajar terhadap bantuan makanan yang disalurkan pihak univesiti, kini muncul pula satu lagi rungutan baru.

Semuanya gara-gara satu posting berserta sekeping gambar juadah sahur yang dimuat naik oleh seorang individu di Facebook.

“1st day sahur di pusat kuarantin. Makan nasi goreng bujang tawar.

“Kaya la katering ni, sahur katering bagi kita makan nasi goreng,” katanya sebagai kapsyen.

Gambar posting berkenaan kemudian telah viral di platform Twitter, sekali gus mengundang kecaman netizen.

Rata-rata netizen menganggap makanan tersebut sudah cukup sempurna untuk dinikmati ketika sahur.

Malah, ada juga yang melabelkan individu tersebut sebagai kluster kayangan.

Namun, dari sudut positifnya, terdapat juga yang berpendapat kritikan itu dituju kepada pihak katering

Anda boleh lihat antara pendapat mereka di bawah.

Tinggalkan komen anda