“Harap Mamat Khalid Teruskan Perjuangan…” – Gaya Kampung Dalam Filem Manap Karaoke Disukai Penonton!


shadow

Meskipun sudah memasuki hari ke-19 tayangan di Astro First, filem komedi terbaru arahan Mamat Khalid iaitu Manap Karaoke masih mendapat sambutan hangat dari orang ramai.

Menerusi tinjaun Gempak di YouTube, rata-rata wargamaya yang telah menonton filem ini menyukai gaya kampung yang diketengahkan oleh Mamat Khalid.

Malah, ada juga penonton yang berharap agar Mamat Khalid terus menghasilkan filem sebegitu di masa akan datang.

Sementara itu, Manap Karaoke juga disifatkan sebagai sebuah filem yang unik dengan keistimewaan tersendiri.

Bagi anda yang masih belum menonton Manap Karaoke, filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Manap yang membuka perniagaan karaoke bergerak.

Namun, perjalanan Manap tidak semudah yang disangka kerana pelbagai cabaran dan dugaan akan dihadapinya.

Semestinya banyak kisah lucu menanti anda dalam filem ini.

Manap Karaoke menampilkan barisan pelakon hebat seperti Joey Daud, Ropie, Pekin Ibrahim, Mona Allen dan ramai lagi. Jangan lupa untuk mendapatkannya di Astro First, saluran 480 sekarang!

Tinggalkan komen anda