Netizen Puji Wardina Beri Hujah Padu Kepada Fynn Jamal


shadow

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan kenyataan Fynn Jamal seolah menyalahkan penampilan wanita punca gangguan seksual yang berlaku kepada mereka. Malah, Fynn turut mengaitkan filter di media sosial dengan jenayah rogol.

Selepas IG Live bersama Caprice, nampaknya Fynn Jamal tampil ‘live’ bersama Wardina Safiyyah bagi membincangkan lebih lanjut mengenai isu itu. Wardina membidas kenyataan Fynn yang kurang tepat kerana jenayah rogol sudah berleluasa sebelum adanya media sosial.

Wardina berkata, meskipun niat Fynn itu untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tetapi tidak sepatutnya menyalahkan wanita semata-mata kerana hakikatnya dalam dunia ini tidak semua wanita menutup aurat terutama wanita bukan Islam.

“Jenayah rogol sudah berlaku sebelum media sosial wujud lagi dan malangnya perbuatan ini akan terus berlaku.”

“Hakikatnya dalam dunia ini, tidak semua orang tutup aurat. Kalau pun seluruh wanita Islam menutup aurat, akan ada wanita bukan Islam yang tidak menutup aurat,” katanya.

Mengenai isu rogol kerana filter gambar, Wardina menolak dakwaan Fynn itu dan menjelaskan bahawa tiada salah untuk seseorang tu memuat naik gambar foto sendiri di media sosial kerana jenayah rogol itu tetap akan terjadi.

“Kalau pun anda tak post, orang lain akan post sebab kita tidak hidup dalam masyarakat yang ideal,” katanya,

Dalam pada itu, Wardina meminta Fynn memohon maaf atas kekeliruan kenyataannya itu yang menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak. Ujarnya, bukan tanggungjawab wanita untuk menjaga iman lelaki kerana ramai sahaja lelaki di luar sana yang tidak merogol.

“Bukan tanggungjawab seorang perempuan untuk jaga iman lelaki. Letaklah perempuan bogel pun di hadapan mereka, dia kena jaga iman dia sendiri,” katanya

Tinggalkan komen anda