Positif Covid-19, anggota polis nikah ‘online’ sendirian di katil wad kuarantin


shadow

Menjadi pesakit positif Covid-19 merupakan satu cabaran yang perlu ditempuh oleh mereka. Dikuarantin dan ditempatkan berasingan sedikit sebanyak menyukarkan tugas penting  yang telah dirancangkan.

Nikah online seorang diri

mengambil inisiatif lain untuk membantu memudahkan urusan penting, seorang anggota polis dikenali sebagai  Koperal Muhammad Ayraf telah melangsungkan pernikahan secara online apabila terpaksa dikuarantin kerana positif Covid-19.

Perkara tersebut telah dikongsi di laman Facebook Friend of PDRM apabila video Koperal Muhammad Ayraf sedang berkomunikasi ketika melangsungkan pernikahannya membuatkan ramai warganet yang sebak.Video Player00:0000:42

Selamat pengantin baru

Dalam kapsyen tersebut juga, pihak Friends Of PDRM turut mendoakan agar anggota polis itu cepat sembuh dan discaj keluar dari hospital untuk bertemu dengan isterinya.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan tahniah diatas pernikahan tersebut dan juga berharap agar Koperal Muhammad Asyraf cepat bebas daripada Covid-19 ini.

Semoga cepat sembuh

Dugaan yang tak boleh dilupakan

Sumber: Friends Of PDRM

Tinggalkan komen anda