Ustaz Ebit Lew Mahu Buka Pasar Raya Harga Barang Paling Murah


shadow

Mempunyai 3 cawangan restoran dan mempunyai sebuah butik menjual kurta, Ustaz Ebit Lew meluahkan hasratnya untuk membuka 10 cawangan pasaraya menjual barangan runcit yang diberi nama Elews Mart.

Berkongsikan perkembangan terbaru mengenai perancangannya itu, Ustaz Ebit berkata beliau sedang berusaha untuk mencari pembekal barangan runcit paling murah untuk pasar raya yang akan dibuka kelak.

Menerusi perkongsian itu, Ustaz Ebit turut memohon doa agar segala urusan untuk membuka pasar raya tersebut dipermudahkan serta memperoleh pembekal barangan runcit paling murah.

Perkongsian Ustaz Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar perjuangan pendakwah itu dipermudahkan. Malah, ada dikalangan netizen yang menyuarakan hasrat untuk membantu serta menjadi pembekal.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan semoga pendakwah itu dimurahkan rezeki supaya dapat membantu lebih ramai mereka yang kesusahan.

Netizen juga berkata, dengan pembukaan pasar raya itu sekaligus dapat memberi banyak peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan.

Comments

  1. Zura Assan    

    Assalamualaikum ustaz… sy berminat utk membekalkan dessert seperti durian crepe & kek cheese leleh di supermarket ustaz… sekiranya ustaz tidak keberatan boleh hubungi sy

Tinggalkan komen anda