Zoo dibenarkan dibuka semula mulai esok


shadow

Zoo Negara serta zoo di negeri-negeri lain dibenarkan beroperasi mulai esok tetapi tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, persetujuan itu dicapai pada mesyuarat khas menteri.

“Zoo Negara dan zoo yang lain sudah membentangkan SOP bagi pembukaan semula itu dan ini sudah dipersetujui, dan mulai esok boleh dibuka,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Mengenai pusat dan galeri seni termasuk pusat muzik serta hiburan, Ismail Sabri berkata, ia kekal masih tidak dibenarkan beroperasi.

Namun, katanya, pembukaan pusat itu sedang dipertimbang kerana muzium dibenarkan beroperasi mulai esok.

Tinggalkan komen anda