Karut! Tiada Dalil Kata Haram Makan Haiwan Korban Kerana Kasihan – Penjelasan PU Azman


shadow

Pencetus Ummah (PU) Azman mengesahkan tiada dalil dalam al-Quran yang mengharamkan daging haiwan korban untuk sesiapa yang ada perasaan kasihan atau sedih ketika melihat proses penyembelihannya.

Menurut PU Azman, kenyataan itu adalah karut, malah khurafat untuk dipercayai.

“Kenyataan karut dan khurafat, ‘sesiapa yang sedih atau kesian lihat haiwan korban kene sembelih, maka dia tak boleh atau haram memakam dagingnya’

“Kenyataan itu tiada dalilnya dalam al-Quran atau as-Sunnah,” katanya.

Pendakwah bebas dan pelakon itu menjelaskan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, PU Azman turut menjelaskan daging korban itu halal dimakan jika ia cukup syarat sembelihan.

“Cukup syarat sembelihan pada orang dan haiwan, maka halal makan.

“Apa yang Allah dan halalkan dengan dalil yang sohih dan jelas, jangan haramkan dengan sentimen dan emosi buatan manusia.

“Kecuali kalau yang kena sembelih tu harimau,” jelasnya lagi.

PU Azman menjelaskan mitos tersebut sempena menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang selama ini percaya dengan kenyataan itu sebelum ini.

Tinggalkan komen anda