Netizen Tuduh Ayda Jebat Tinggal Sebumbung Dengan Tunang


shadow

Selepas mengikat tali pertunangan dua bulan lalu, Ayda Jebat dan Nabil Mahir sering memuat naik video momen mesra mereka dan banyak menghabiskan masa bersama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Namun timbul isu tidak sedap didengar apabila netizen membuat spekulasi pasangan itu tinggal sebumbung. Malah, netizen itu turut berkongsikan pengalamannya dimana ketika dia bertunang dahulu tak boleh sering berjumpa seperti pasangan tersebut.

“Seronoknya belum kahwin boleh satu rumah walaupun realiti ada ramai di rumah, ni berdua saja dalam video. Dulu-dulu aku bertunang jangan harap dapat jumpa macam ni selalu,” tulisnya.

Tidak hanya berdiam diri, komen netizen itu dibalas oleh Ayda Jebat berhubung tuduhan berkenaan. Ayda berkata dia masih tidak berani untuk keluar rumah dalam keadaan pandemik COVID-19 masih belum pulih sepenuhnya dan lebih selamat jika jumpa di rumah.

“Kita masih tak berani nak keluar sangat, takut. Jadi lebih baik jumpa, mesyuarat, penggambaran di rumah. Lebih selamat dan selesa. Tak perlu pakai mask dan sanitizer,” tulisnya.

Untuk rekod, Ayda dan Nabil mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu.

Tinggalkan komen anda