“Saya Masih Lelaki & Masih Hormat Agama Saya”


shadow

Meskipun sering menggayakan pakaian wanita, usahawan kosmetik Safiey Illias mengakui dirinya masih seorang lelaki. Ujarnya lagi, dia tetap menghormati agama Islam serta akan terus menjaga sensitiviti masyarakat.

Menjelaskan mengenai status jantinanya, Safiey turut memuat naik fotonya mengerjakan ibadah Umrah beberapa tahun lalu. Safiey berkata dia berpegang pada pesan bapanya bahawa fitrah asalnya lelaki dan ibadah sebagai lelaki.

“Saya masih seorang lelaki dan masih menghormati agama saya dan sensitiviti umat Islam. Dah la banyak buat dosa xkn nk buat dosa lain pulak kan. Lagipun ayah saya selalu pesan, “mcm mana pun awak tetap lelaki jadi bila buat ibadah pakai lelaki,” tulisnya.

Dalam pada itu, Safiey meluahkan rasa syukur keluarga sentiasa memahami dan menerima keadaannya itu. Malah, keluarganya sentiasa berharap agar dirinya berubah dan istiqamah suatu hari nanti.

“Terima kasih keluarga yabg terima saya macam ni dan sentiasa berharap saya akan berubah secara istiqomah suatu hari nanti,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Safiey mendedahkan hanya 35 peratus sahaja bahagian tubuhnya masih asli. Malah, Safiey berkata dia sudah tidak perlukan lagi sebarang pembedahan dan rawatan kosmetik selepas membelanjakan RM1 juta hingga RM2 juta.

Tinggalkan komen anda