Selepas Anak Perempuan, Datin Shahida Dedah Anak Lelakinya Alami Disleksia


shadow

Umum mengetahui sebelum ini, isteri kepada usawahan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida mendedahkan anak perempuannya, Qadeeeja mengalami Disleksia.

Terbaru, Shahida mengakui masalah itu juga turut dialami oleh anak ketiganya Ibraheem Adham atau mesra disapa sebagai Baem. Perkara itu dimaklumkan oleh Shahidah menerusi Instagram miliknya selepas membawa anaknya membuat ujian Disleksia.

Tidak panik meskipun dua anaknya mempunyai disleksia, Shahida tampil menerangkan situasi sebenar dialami oleh kanak-kanak tersebut bahawa ianya bukan kecacatan tetapi hanya ada masalah dari segi pembelajaran.

“Sebenarnya saya bawa Baem pergi buat ujian Disleksia, lepas buat ujian, dia disahkan mempunyai Disleksia sama macam Qadejah, bulan depan masuk sekolah baru lah Baem ya.

“Disleksia ini bukan kecacatan ya, ia cuma ada masalah pembelajaran, caranya tak sama macam kanak-kanak biasa. Mereka perlu ada cara khas untuk belajar, jadi, ibu bapa jangan susah hati okay,” tulisnya lagi.

Untuk rekoda, berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, Disleksia merupakan sejenis masalah pembelajaran khusus yang berlaku pada kanak-kanak.

Kebiasaannya, kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah dalam menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha dengan gigih.

Tinggalkan komen anda