Penggambaran The Batman Tangguh, Robert Pattinson Positif COVID-19


shadow

Pelakon Hollywood terkenal Robert Pattinson disahkan positif COVID-19.

Perkara itu menyebabkan penggambaran filem terbaharu yang dibintanginya berjudul The Batman terpaksa dihentikan.

Warner Bros dalam satu kenyataan memaklumkan, produksi filem itu ditangguhkan buat sementara waktu kerana salah seorang kru produksi dijangkiti Covid-19 dan kini diasingkan menurut protokol yang ditetapkan

Bagaimanapun, Warner Bros enggan mendedahkan nama individu yang dijangkiti wabak itu.

“Penggambaran dihentikan buat sementara waktu” jelas Warner Bros.

Namun menurut laporan Vanity Fair dan Hollywood Reporter, sumber mendedahkan Pattinson yang merupakan bintang utama The Batman adalah individu yang dijangkiti.

Terdahulu, sesi penggambaran The Batman yang bermula September tahun lalu tertangguh pada Mac tahun ini susulan pandemic COVID-19.

Selain Pattinson, sebelum ini terdapat beberapa selebriti Hollywood yang turut dijangkiti COVID-19 termasuklah Dwayne Johnson, Tom Hanks, Idris Alba dan Madonna.

Tinggalkan komen anda