Dr Mahathir kesal PH didakwa serupa BN


shadow

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini meluahkan rasa kesal apabila Pakatan Harapan dilabelkan sama seperti BN.

“Adakah benar? Adakah kami meminjam RM42 bilion? Adakah kami mempunyai (skandal macam) 1MDB?

“Adakah saya mencuri wang? Adakah saya merasuah orang?

“Buktikan jika saya merasuah orang dan kamu boleh bawa saya ke mahkamah,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.Iklan

Mahathir berkata PH sudah melaksanakan banyak perkara yang tidak pernah dilakukan kerajaan BN sebelum ini.

“Untuk mengatakan tidak ada perbezaan (antara PH dan BN), hanya orang buta, pekak dan bodoh akan mengatakan bahawa tidak ada yang berbeza.

“Kami akan menghadkan tempoh memegang jawatan perdana menteri selama dua penggal. Adakah (bekas perdana menteri) Najib Razak berbuat demikian?

“Kami akan membahaskan 1MDB, adakah Najib membenarkan perbahasan 1MDB atau apa-apa lagi? Tidak ada.

“Orang tidak menghargai perkara baik yang mereka dapat dan mereka hanya melihat perkara buruk kerana mereka mahu menjatuhkan kerajaan ini,” katanya.

Mahathir turut bersetuju dengan dakwaan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang bahawa terdapat usaha untuk menjejaskan kerajaan PH.

Perdana Menteri turut berkata ahli politik yang rapat dengannya sewaktu pemerintahan Najib akan dihukum tetapi sekarang rakan Najib tidak diperlakukan sedemikian.

“Kamu juga tahu terdapat sekatan terhadap berita sebelum ini. Jika kamu berkawan dengan saya, kamu akan berhadapan dengan masalah pada zaman Najib.

“Tetapi sekarang, ramai orang boleh rapat dengan Najib, (dapat bergerak) ke mana-mana dan membuat kenyataan lucu seperti ‘cash is king‘ dengan bermaksud ‘king’ itu adalah rakyat.

“Sebodoh mana kamu boleh jadi? Adakah saya seperti itu? Adakah saya membuat kenyataan bodoh macam itu,” katanya.-Mkini

Tinggalkan komen anda