Ada 12 calon layak jadi pengerusi PKR Johor – Anwar


shadow

Terdapat 12 calon berkelayakan yang dilihat mampu mengisi kekosongan jawatan Pengerusi PKR Johor, kata presiden parti itu, Anwar Ibrahim.

Jawatan itu kosong setelah Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim dilaporkan menghantar surat peletakan jawatannya kepada Anwar pada minggu kedua bulan Julai.

Untuk rekod, ini kali kedua Hassan melepaskan jawatan Pengerusi Negeri selepas menarik balik keputusan itu tahun lepas.

“Dia (Hassan) ambil keputusan, saya bagi dia ruang agak panjang dan saya terima keputusan dia. Saya akan bincangkan selepas ini apa yang kita akan lakukan.

“Calon ramai yang layak… ada 12 orang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Negara Bangsa-Siri 2 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Johor, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai pengganti yang sesuai selepas perletakan jawatan sejak Julai.

Terdahulu, Hassan dilaporkan turut menamakan Timbalan Pengerusi PKR negeri Jimmy Puah Wee Tse sebagai penggantinya.

Ahli Parlimen Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon turut dilapor menyatakan hasrat sedia mengetuai PKR Johor.

– Bernama

Tinggalkan komen anda