Ronnie Liu, Jangan Jolok Sarang Tebuan


shadow

Walaupun DAP termasuk dalam Pakatan Harapan dan menjadi salah satu parti yang mentadbir kerajaan namun akibat wujudnya manusia seperti Ronnie Liu yang boleh menggugat kerjasama itu.

Kelancangan mulut Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP ini memang tidak dapat dinafikan apabila dia begitu kerap membuat kenyataan yang agak rasis dan seolah-olah pemimpin DAP seperti DAP.

Tindakan Ronnie Liu mendesak Pengerusi PH, Tun Mahathir Mohamad supaya meletak jawatan seolah sedang menghancurkan usaha PH untuk mentadbir negara dengan baik.

Timbalan Ketua PPBM (Bersatu) Bahagian Seputeh, Mohd Badrul Ezan dalam kenyataannya berkata, Ronny masih tidak dapat menerima hakikat bahawa kemenangan Pakatan pada PRU 14 sebelum ini adalah disebabkan oleh Tsunami Mahathir.

“Benar kerusi Parlimen yang dimiliki oleh Bersatu hanya 26 sahaja. Tetapi harus diingati bahawa Bersatu bertanding di kubu-kubu kuat UMNO.

“Untuk memenangi kerusi-kerusi tersebut juga bukanlah semudah seperti yang digambarkan. Dan benar, DAP berjaya merampas beberapa kerusi yang sebelum ini dianggap mustahil, tetapi adakan kerusi tersebut dimenanginya sendirian tanpa bantuan daripada undi Melayu.

Jelas beliau, pemimpin DAP seperti Ronnie yang tidak mengenang budi dan angkuh sebenarnya boleh menghancurkan Pakatan.

Malah Mohd Badrul menambah, pemimpin seperti Ronnie jugalah yang boleh membuatkan lebih ramai Melayu membenci Pakatan dan meretakkan keharmonian berbilang kaum di Malaysia.

“Siapa manusia bernama si Ronnie Liu nie? Dia Presiden parti kah? Apa kuasa dia nak desak Tun M untuk letak jawatan?

“Anwar pun tak terhegeh-hegeh, tapi Ronnie pulak hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Beliau menambah, sekiranya Ronnie menganggap parti DAP hebat dan mampu memenangi pilihanraya tanpa PH maka beliau perlu membuat usul supaya Bersatu keluar dari pakatan.

“Kalau betulah DAP nie sehebat yang Ronnie rasakan, saya cabar supaya dia buat usul dalam Mesyuarat CCC akan datang supaya Bersatu dikeluarkan dari Pakatan.

“Kalau tak, DAP harus pecat manusia-manusia seperti Si Ronnie yang semakin banyak dalam DAP.

“Pakatan tak akan survive kalau ada duri-duri seperti Si Ronnie ini,” katanya lagi.

Tinggalkan komen anda