Pas pelawa Ahmad Faizal sertai Muafakat Nasional


shadow

IPOH – Pas Perak mempelawa Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyertai Muafakat Nasional jika sayangkan agama Islam dan Melayu.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, tekanan yang dihadapi oleh Ahmad Faizal bukanlah rahsia kerana memang diketahui umum.

Menurutnya, pergolakan dalaman sesama anggota kerajaan dan rakan komponen dalam Pakatan Harapan (PH) memburukkan lagi keadaan.

“Setiap keputusan Ahmad Faizal sejak akhir-akhir ini disangkal dan diminta penjelasan oleh Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh.

“Mereka ini asyik bercakaran sesama sendiri sehingga menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri. Jadi eloklah Menteri Besar sertai Muafakat Nasional jika dia sayangkan agama dan bangsa,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai video Ahmad Faizal yang tular ketika berkempen di Tanjung Piai mendedahkan dirinya keseorangan melawan puak-puak DAP.

‘Kenyataan di luar konteks, video penuh lebih 20 minit’

Dalam pada itu, Razman berkata, Muafakat Nasional yang digagaskan pakatan pembangkang memperlihatkan perkembangan positif untuk mengembalikan wajah politik sebenar negara ini yang tidak menyalakan api perkauman seperti parti-parti kerajaan.

Katanya, keputusan BN meletakkan calon MCA disokong Pas sekali gus membuktikan Muafakat Nasional ini berjaya.-Sinar

Tinggalkan komen anda