DAP jangka cabaran sukar dalam PRN Sarawak


shadow

Pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang yang akan diadakan pada Jun 2021 bakal memberi cabaran yang sukar untuk DAP, kata Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Borneo Post memetik Lim, yang juga menteri kewangan, sebagai berkata bahawa ini adalah kerana sentimen keserantauan di Sarawak dan adalah penting bagi kerajaan persekutuan untuk membawa pembangunan ke negeri berkenaan.

“Kita perlu membuat rakyat Sarawak merasakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan mengambil berat tentang mereka, bahawa mereka adalah sebahagian daripada pembangunan arus perdana negara dan membawa mereka pembangunan yang sepatutnya,” katanya dalam temu ramah baru-baru ini dengan Oriental.

Ditanya sama ada janji PH untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang belum ditunaikan akan menjejaskan gabungan itu dalam pilihan raya negeri, Lim menegaskan bahawa semua janji yang dibuat akan dipenuhi pada waktunya.Iklan

“Pemimpin DAP tidak pernah membuat janji yang mereka tidak dapat penuhi. Apa yang kita hadapi sekarang adalah isu kewangan negara dan hutang besar yang ditinggalkan oleh pentadbiran sebelum ini.

“Tetapi tentang janji pilihan raya kami, kami akan penuhi, cuma ia akan mengambil masa,” katanya seperti dilapor.

Lim juga berkata bahawa tidak guna bagi kerajaan untuk memberikan retorik perubahan tanpa kesan ketara kepada rakyat.

“Kerajaan PH telah melakukan lebih baik daripada kerajaan sebelumnya dalam hampir semua aspek,” tambahnya.

Tinggalkan komen anda