Hanya Tun Mahathir Pengerusi BERSATU, Muhyiddin??


shadow

Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menegaskan bahawa Tun Mahathir Mohamad adalah satu-satunya pemimpin yang mempunyai kuasa mutlak terhadap parti itu.

Bersatu menerusi kenyataannya mengatakan bahawa tugas Pengerusi antaranya adalah untuk memastikan kelancaran dan kelicinan perjalanan pentadbiran dan dasar parti.

Sehubungan itu, segala keputusan dan tindak tanduk parti adalah berdasarkan apa yang diarahkan Pengerusi parti.

Bagaimanapun, berikutan kemelut yang berlaku, Tan Sri Muhyiddin dilihat cuba menidakkan Tun Mahathir selaku pengerusi parti.

Malah, disebabkan Muhyiddin juga berkeinginan untuk menjadi Perdana Menteri maka beliau telah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya adalah Pemangku Pengerusi.

Perkara itu jelas sekali bertentangan dengan asas dan perlembagaan parti.

Disebabkan keyakinan yang begitu tinggi untuk menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin juga telah   cuba ke Istana untuk mengadap tuanku YDPA.

Namun malangnya, ada laporan di sosial media mengatakan kehadiran beliau dihalau kerana YDPA hanya bertitah untuk berjumpa ketua parti untuk setiap parti. Nasib Muhyiddin tidak baik. Dia bukanlah ketua parti Bersatu.

Nampaknya, Bersatu juga terpaksa berdepan dengan pemimpin yang gila jawatan. Sanggup membelakangkan Pengerusi demi kepentingan diri.

Tinggalkan komen anda