Kumpulan Azmin sokong Muhyiddin sebagai PM, kata pemimpin Bersatu


shadow

AHLI Parlimen Bersatu dan 11 ahli Parlimen bebas dari kumpulan Mohamed Azmin Ali akan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, kata Redzuan Yusof hari ini,

Ahli Parlimen Alor Gajah itu berkata, perkara berkenaan dibincangkan dalam pertemuan dengan Muhyiddin selepas presiden Bersatu itu bertemu Perdana Menteri Sementara Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya di Putrajaya.

“Ya menyokong, kalau termasuk Tun Mahathir. Bersatu 25 ahli Parlimen dan 11 ahli Parlimen bebas,” katanya kepada media ketika ditemui di luar kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mengesahkan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri dari Bersatu.

Bersatu mempunyai 26 ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata beliau Muhyiddin boleh jadi perdana menteri kelapan sekiranya beliau mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang akan membuat penentuan pada Isnin ini.

Menurutnya, beliau membincangkan kemungkinan itu dalam pertemuan selama dua jam dengan Muhyiddin hari ini.

“Ada beberapa kemungkinan yang kami bincangkan termasuk Muhyiddin jadi calon perdana menteri.

“Kalau semua (ahli Parlimen) pilih beliau, saya okay. Kalau beliau ke Parlimen dan dapat majoriti maka beliau berhak jadi PM,” kata Dr Mahathir, selepas mengumumkan pakej rangsangan ekonomi di Putrajaya, hari ini.

Katanya, Muhyiddin lebih terbuka menerima kerjasama dengan pembangkang.

“Pendirian saya ialah saya tidak terima Umno tetapi saya terima mereka yang tinggalkan Umno.

Comments

  1. Absaisi    

    Senario sekarang bukan mengutamakan rakyat tapi kuasa dan jawatan . Takut kehilangan jawatan adalah keutamaan. Di Perak misalnya, MB tak berani ishtihar utk keluar PH kerana takut hilang jawatan. Hanya 2 saja Bersatu. Begitu juga Melaka dan Kedah. Johor memang hebat termasuk Sultannya.
    Amanah memang takkan robek kesetiaannya kpd DAP kerana itu talian hayat. Tanpa DAP Amanah takde apa dan takkan merasa pegang jawatan walaupun sanggup gadai agama dan bangsa.
    UMNO pula masih kelabu dgn kepimpinannya. Susah nak pulih selagi diterajui oleh individu yg dah takde nilai kepimpinan. Masing2 masih mengutamakan tamak kuasa dan kemewahan.

Tinggalkan komen anda