PAS bawa usul sokong PM


shadow

KUALA LUMPUR: PAS akan mengemukakan usul menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula bulan depan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu berpendapat usul terbabit perlu dikemukakan atas dasar kepentingan awam.

“Keputusan ini dibuat selepas negara digembar-gemburkan dengan rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri tetapi tidak ada usul tidak percaya,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, semua 19 Ahli Parlimen PAS akan meneruskan sokongan terhadap kepemimpinan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal Parlimen ke-14.

Katanya, Barisan Nasional (BN) akan dimaklumkan mengenai pendirian dan cadangan PAS mengemukakan usul berkenaan.

“Kita akan berpakat dengan BN dan percaya mereka akan bersetuju dengan usul ini),” katanya.

Tinggalkan komen anda