Saya rayu Dr Mahathir agar jangan berhenti, kata Anwar


shadow

ANWAR Ibrahim berkata beliau merayu kepada Dr Mahathir Mohamad agar tidak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri negara pada pagi tadi.

Presiden PKR itu berkata beliau tidak dapat berkata apa-apa mengenai keputusan pengerusi bekas Bersatu kepada media awal hari ini.

“Saya bersama beliau, saya dimaklumkan tetapi tidak dapat memaklumkannya sehinggalah ia diumumkan secara terbuka (keputusannya). Saya merayu kepada beliau bagi pihak PKR dan Pakatan Harapan (PH) untuk kekal,” katanya kepada pemberita selepas pulang dari Istana Negara.

Anwar berkata beliau memberitahu Dr Mahathir yang mereka boleh menangani sebarang “pengkhianatan bersama”

Bagaimanapun, ahli Parlimen Port Dickson itu berkata Dr Mahathir berasa tidak sepatutnya diperlakukan seperti yang dibuat dan tidak mahu dikaitkan dengan “mereka yang betul-betul korup.”

Anwar berkata Dr Mahathir tidak mempunyai peranan dalam menggulingkan kerajaan PH.

“Tidak, saya rasa bukan beliau. Namanya digunakan oleh orang-orang di dalam parti saya dan di luar, anda tahu, gunakan namanya.

“Dan beliau mengulangi kepada kami apa yang dikatakannya sebelum ini, beliau tiada peranan di dalamnya.

“Beliau sangat jelas, tidak mungkin beliau akan bekerjasama dengan mereka yang dikaitkan dengan rejim lalu,” katanya.

Selain jawatan perdana menteri, Dr Mahathir juga hari ini melepaskan jawatan sebagai pengerusi Bersatu.

Tinggalkan komen anda