Yang Ada Dengan Anwar Pun Bermuka-Muka


shadow

Kuala Lumpur: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat begitu yakin akan dipilih sebagai Perdana Menteri ke 8.

Anwar dilihat begitu yakin bahawa DAP dan Amanah akan turut serta dalam sekutunya namun adakah keyakinan Anwar itu benar?

Kita imbas kembali sidang media yang telah diadakan Lim Guan Eng sebelum ini, dimana beliau menyatakan DAP sebulat suara menyatakan sokongan terhadap Tun Mahathir.

Malah, ada sumber yang menyatakan bahawa ketika mesyuarat CEC DAP, Guan Eng sanggup menangis demi mempertahankan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Namun, apabila bertemu Anwar, Guan Eng lebih selesa angguk-angguk kepala kononnya sebagai tanda setuju. Hakikat sebenar??

Begitu juga dengan dalam parti Amanah, dimana Presiden nya, Mohamad Sabu telah bertekad hati menyatakan sokongan terhadap Tun Mahathir.
Dan perkara yang sama juga berlaku apabila Mohamad Sabu bertemu Anwar dimana konsep ‘Layankan Aja’ diguna pakai.

Setakat ini, Anwar sepertinya terlalu yakin bahawa sokongan yang dinyatakan dihadapan beliau. Namun ia mungkin berbeza ketika pemimpin-pemimpin ini mengadap YDPA.

Dikalangan kepimpinan PKR juga masih ramai yang bermuka-muka dihadapan Anwar. Kononnya nak sokong Presiden, akan tetapi bukan itu yang dilakukan.

Pendek kata, Anwar bagaikan sedang terbang dengan angan-angan ciptaan sendiri. Begitu ramai pemimpin yang lebih cenderung ‘Layankan Sahaja’ Anwar Ibrahim.

Tinggalkan komen anda