“Jangan paksa saya buat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip saya”: Tun M


shadow

Selepas rakaman audi suara, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu terbocor kini muncul pula rakaman audio Tun Mahathir Mohamad.

Rakaman suara Tun dengan nada sebak itu dipercayai dibuat semasa MMT Bersatu pada 23 Februari lalu.

“Tolonglah jangan paksa…. jangan paksa saya buat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip saya…. saya janji, saya tunaikan…. saya janji nak letak jawatan, saya akan letak jawatan.

“Tapi kalau saya janji nak letak jawatan… saya tak dibenar meletak jawatan, itu salah saya sebab keputusan itu ada pada diri saya… Tak ada siapa boleh kata “jangan letak jawatan”… kalau saya dah buat keputusan nak letak jawatan… saya akan letak jawatan.

“Lepas itu, apa yang saya sebut tadi boleh berlaku… kena pilih baru, kena tentukan orang itu dapat majoriti dan sebagainya…. Dan kalau nak saya balik pun, saya balik… itulah cerita pada hari ini.” Kata Tun Mahathir dengan nada sebak.

Berdasarkan rakaman tersebut, dipercayai wujud segelintir anggota parti Bersatu yang cuba memaksa Tun untuk menerima UMNO sebagai rakan sekutu.

Bagaimanapun, Tun dalam masa yang sama masih berpegang pada prinsip beliau untuk tidak bersekongkol dengan perasuah atau parti yang menternak pemimpin rasuah.

“Sebab itu, hari ini akan diadakan satu mesyuarat dengan pihak-pihak… mereka yang sokong saya dari parti lawan ini… akan jumpa dengan saya dan inilah juga cerita yang saya akan sampaikan….

“Dan dengan itu perancangan untuk mengadap DYMM untuk menyatakan bahawa saya dapat sokongan daripada majoriti tak perlu dibuatlah kerana saya dah dapat dah sokongan… saya belum letak jawatan… itulah cerita sebenarnya.

“Sorry im so emotional abaout this… but (menahan sebak) saya sedar saya tak banyak masa dah… itulah pendapat saya.

Apa yang dilihat, dalam pada Tun berpegang teguh dengan prinsip beliau rasa begitu kecewa kerana masih ada anggota parti yang sanggup bersama UMNO parti rasuah demi jawatan dan kuasa.

Parti Bersatu ditubuhkan oleh Tun, selepas ramai pemimpin dan rakyat begitu bengang dan kecewa dengan pemimpin Rasuah seperti Najib dan Zahid Hamidi.

Namun hari ini, sangat mengecewakan apabila, Muhyiddin sendiri lupa akan tujuan asal BERSATU ditubuhkan.

Tinggalkan komen anda