Nak pecat, saya tunggu di pejabat PPBM, kata Dr M


shadow

Selepas berita pengguguran sebagai ahli PPBM semalam, Dr Mahathir Mohamad hari ini datang ke ibu pejabat parti itu.

“Saya sekarang di ibu Pejabat PPBM, kata nak pecat, saya tunggu di pejabat,” katanya di Facebook.

Turut dimuat naik video 36 saat memaparkan Mahathir memasuki bilik pengerusi PPBM.

Semalam, dalam surat yang ditandatangani Setiausaha Kerja PPBM, Muhammad Suhaimi Yahya, keahlian Mahathir dihentikan serta-merta selepas mengingkari parti dengan menyertai blok pembangkang di Dewan Rakyat.

Turut digugurkan anaknya, Mukhriz, serta Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Maszlee Malik, dan Amiruddin Hamzah.

Mereka dalam kenyataan bersama membantah pengguguran itu, mendakwa ia bertentangan dengan undang-undang parti.

Mereka mendakwa parti secara tidak langsung menafikan hak mereka untuk membela diri dan memberi penjelasan.

Tinggalkan komen anda