PKR Terus Berhalusinasi, Yakin Anwar Ada Sokongan Untuk Jadi PM


shadow

Selepas DAP menggesa PKR untuk menyatakan pendirian mereka sama ada untuk terus menyokong Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri atau sebaliknya.

Kali ini, Amanah pula menggesa PKR untuk menjelaskan perkara sebenar akan sokongan parti itu terhadap Pakatan Harapan.

Pengarah Komunikasi Parti AMANAH Negara, Khalid Samad dalam kenyataannya memberitahu bahawa menerusi Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) telah sebulat suara menamakan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat atas kenyataan media yang dikeluarkan oleh mereka pada hari ini. Ia menjelaskan keputusan yang dibuat oleh Keadilan berhubung keadaan politik semasa, khususnya mengenai persoalan sama ada menerima atau tidak Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri untuk tempoh 6 bulan dalam usaha mengambil balik kerajaan yang telah dirampas melalui tindakan khianat.

“Kami menghormati hak Keadilan untuk menetapkan keputusan mereka berhubung persoalan ini namun kami agak hairan dengan pendirian ini kerana pilihan ini telahpun diterima sebagai opsyen kedua dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Mei 2020 di Ibupejabat Keadilan.

“Mesyuarat tersebut memutuskan bahawa sekiranya opsyen pertama yang mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak berjaya mendapat sokongan yang memungkinkan pengambilalihan kuasa dilakukan, maka opsyen kedua yang menamakan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri akan pula dikemukakan.

Khalid menambah, setelah berusaha sedaya upaya atau “exhausting all efforts”, PH mendapati bahawa opsyen pertama hanya mampu mendapat sokongan maksima 96 Ahli Parlimen, iaitu 91 dari Pakatan Harapan (38 PKR, 42 DAP Dan 11 Amanah) dan 5 lagi termasuk Tun dan 4 Ahli Parlimen PPBM yang bersamanya.

Malah katanya, ssaha terakhir Anwar Ibrahim untuk mendapatkan sokongan GPS juga tidak berjaya dan tempoh masa yang dipersetujui telahpun tamat dan gagal mendapat sokongan yang mencukupi.

Justeru jelas beliau, Amanah berharap usaha untuk mendapatkan sokongan melalui opsyen kedua boleh seterusnya dilakukan sepertimana dipersetujui kerana pentadbiran kerajaan PN adalah jelas mendatangkan kerosakan kepada institusi dan kewangan negara.

“Memandangkan ianya opsyen yang pernah dibincang dan dipersetujui untuk dipertimbangkan bersama, sekiranya opsyen satu gagal mendapat sokongan yang mencukupi, adalah diharapkan pihak Keadilan kembali kepada keputusan mesyuarat Majlis Presiden pada 30 Mei 2020 yang telah dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri iaitu menerima opsyen kedua.

Bagaimanapun, sehingga kini PKR jelas sekali masih bermain tarik tali dan berhalusinasi bahawa Anwar mendapat sokongan yang mencukupi.

Tinggalkan komen anda