Parti Anifah Aman bertanding di semua kawasan


shadow

PARTI baharu bekas menteri luar Anifah Aman, Parti Cinta Sabah, akan bertanding di semua 73 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Suruhanjaya Pilihan Raya.

Walaupun dilihat sebagai parti baharu, ia menduduki tempat teratas dalam senarai kerusi yang ditandingi oleh satu parti.

“Berikut dalam senarai adalah parti kerajaan negeri, Warisan Sabah, yang akan bertanding 53 kerusi diikuti USNO (47), LDP (46) dan BN (41),” kata ketua SPR yang baharu dilantik, Abdul Ghani Salleh di Kota Kinabalu hari ini.

Abdul Ghani mengumumkan perkembangan terbaru kepada media mengenai jumlah pencalonan yang diajukan untuk PRN Sabah ke-16 yang bermula hari ini.

Perikatan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bertanding di 29 kerusi, sementara Gagasan (Sabah) dan PPRS masing-masing mempunyai calon di 28 dan 23 daerah.

Parti lain adalah PBS (22), Upko (12), PKR (7), PHRS (5), Anak Negeri (2) dengan Amanah, dan Parti Kebangsaan Sabah (PKS) serta Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Pertubuhan) masing-masing memiliki satu calon.

Terdapat 56 calon bebas dalam PRN kali ini, menjadikan jumlah keseluruhan calon seramai 447 dipertaruhkan pada PRN kali ini.

Menurut SPR, jumlah calon terbesar adalah di DUN Bangkoka di Kudat yang mempunyai 11 calon, diikuti Inanam (Sepanggar) yang mempunyai 10 calon.

Selain daripada itu, terdapat 3 kawasan yang melibatkan sembilan pencalonan, 6 kawasan dengan lapan penjuru serta 13 DUN dipertandingkan dengan menyaksikan pencalonan 7 penjuru. Pertandingan enam penjuru dilihat paling popular melibatkan 26 kerusi DUN.

Tidak ada pengundiang satu lawan satu dalam PRN kali ini dengan hanya 3 kerusi yang memiliki tiga penjuru pencalonan.

SPR berkata bahawa calon PRN kebanyakannya adalah terdiri daripada lelaki dengan angka 404 orang sementara 43 calon daripada kaum wanita.

Calon termuda berusia 22 tahun di Tandek (kawasan Parlimen Kota Marudu) dan calon yang paling tua berumur 75 tahun di Bugaya (Semporna).

Tinggalkan komen anda