Anwar persembah ‘dokumen sahih’ sokongan 120 MP pada Agong


shadow

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata dia telah mempersembahkan dokumen sahih membuktikan sokongan lebih 120 ahli parlimen buatnya kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam pertemuan pagi tadi.

“Ia mencecah lebih dari 120 (ahli parlimen).

“Tapi oleh kerana Yang di-Pertuan Agong (YDPA) akan memanggil ketua-ketua parti, maka munasabah untuk kita bersabar, memberi ruang dan wewenang untuk YDPA memutuskan.

“Tak wajar tetapkan masa untuk YDPA memutuskan,” katanya pada sidang media khas di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Dalam sidanng media itu juga Anwar mengulangi pandangannya bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin “sudah jatuh.”

Menjelaskan lanjut, kerajaan baru yang bakal diterajuinya “masih tetap majoriti Muslim dan bumiputera.”

“Tapi saya ingin tegaskan bahawa jaminan tentang hak semua warganegara tetap terpelihara,” katanya lagi.

Terdahulu Anwar mengadap Yang di-Pertuan Agong sekitar jam 10.30 pagi bagi mempersembahkan bukti dia memiliki sokongan majoriti dan secara tidak langsung menunjukkan Muhyiddin tidak lagi kepercayaan di parlimen.

Anwar berkata dia diberitahu Agong dijangka akan memanggil ketua-ketua parti lain bagi membuat pengesahan dalam masa terdekat nanti.

Ditanya tentang dokumen yang dipersembahkannya, Anwar berkata ia membabitkan akuan bersumpah (SD) dan pegesahan ketua parti.

“Dokumen sahih saya beri secara ada bentuk akuan bersumpah dan pengesahan dokmumen ketua parti,” katanya.

Katanya, apa yang berlaku hari ini bukanlah soal kemenangan sesiapa, sebaliknya untuk menegakkan sebuah negara yang adil dalam menangani wabak Covid-19.-Mkini

Tinggalkan komen anda