No Anwar, No DAP kata Hishammuddin


shadow

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kekal dengan pendirian untuk menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dan tidak mahu bekerjasama dengan DAP.

Menteri Luar Negeri itu juga menegaskan beliau konsisten dengan No Anwar, No DAP.

Hishammuddin menulis di laman Facebook hari ini selepas penularan surat kononnya dari Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak yang memberi sokongan tidak berbelah bagai kepada Anwar.

“Seperti Presiden UMNO Zahid Hamidi sebut sebelum ini, beliau tidak boleh menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO dan BN menyokong Anwar Ibrahim.

“Tetapi jika surat yang tular hari ini benar, saya tidak pernah dimaklumkan dan ia BUKAN pendirian saya sebagai ahli UMNO.

“Saya mahu nyatakan dengan jelas, saya tidak sokong Anwar sebagai Perdana Menteri. Saya konsisten – No Anwar, no DAP,” tulisnya.- MalaysiaGazette

Tinggalkan komen anda