APAKAH KERAJAAN SEKARANG SUDAH JATUH MISKIN?


shadow

Perdana Menteri berkata, sukar bagi kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan wang daripada Akaun 1 KWSP bagi kegunaan mereka untu menghadapi kesukaran ketika Covid19 melanda ini.

Kata Muhyiddin Yassin, meskipun banyak permintaan ke arah itu, kerajaan melihat jika perkara itu dibenarkan, ia akan memberi kesukaran kepada rakyat di masa hadapan.

Tetapi, bagi majoriti rakyat yang sedang terbeban kehidupan mereka sekarang ini, dapat mengeluarkan RM10 ribu daripada simpanan KWSP tentu saja dapat menyelesaikan banyak masalah hidup mereka.

Lagi pun, bukankah wang itu wang pencarum juga?

Jadi, apa masalahnya jika kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan wang mereka sendiri?

Tambahan lagi, yang dipohon untuk dikeluarkan hanya RM10 ribu, bukan separuh atau keseluruhan daripada simpanan yang ada dalam Akaun 1 KWSP itu.

Kalau suami isteri bekerja, bermakna dapatlah mereka mengeluarkan RM20 ribu dan pasti banyak masalah kehidupan dan bil-bil tertunggak dapat diselesaikan.

Pelik juga kenapa kerajaan keberatan untuk membenarkannya?

Benarkah kerajaan begitu memikirkan kehidupan rakyat selepas mereka bersara atau kerajaan sendiri mahu meminjam wang tersebut?

Masih ada lagikah sebenarnya wang rakyat dalam Akuan 1 KWSP sekarang ini?

Atau hanya tinggal kertas dan angka saja?

-MalaysiaChronicle

Tinggalkan komen anda