Tipu muslihat dalam politik tanpa mandat rakyat


shadow

Dalam sistem demokrasi, kuasa ditentukan oleh rakyat. Umno antara parti terkuat di Malaysia, yang berkuasa menjatuhkan mereka adalah rakyat pada 2018.

Tapi sayang, kuasa rakyat itu dikhianati. Ada parti politik merasakan mereka boleh menentukan masa depan negara dengan membelakangkan mandat rakyat.

Maka di peringkat awal Langkah Sheraton, nampaklah “mereka” cerdik, dapat kedudukan Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri dan Kekal di Perak.

Kemuncaknya adalah apabila mereka berjaya menubuhkan PN dan kejayaan yang terbaru dengan merampas Sabah daripada tangan Warisan.

Parti kecil yang merasakan mereka kuat, sebenarnya lemah. Mereka hilang kuasa di Johor, hilang kuasa di Kedah dan yang terbaru di Perak. Yang tinggal dan bersisa hanya di Sabah, itupun tunggu masa sahaja. Semuanya ditentukan Umno.

Kuasa terakhir adalah pada Perdana Menteri, namun keabsahan bilangan sokongan turut bergantung kepada Umno.

Muhyiddin akhirnya terpaksa melutut kepada umno, melihat begitu saja babak Timbalannya dijatuhkan dan negeri pimpinan Bersatu dirampas satu persatu.

Benarlah kata Datuk A Kadir Jasin, umpama ular lidi yang cuba memakan ular sawa. Langkah politik terakhir Muhyiddin adalah dengan cadangan darurat kepada negara, syukur negara tidak dikorbankan.

Politik di hadapan tanpa berpegang kepada mandat rakyat akan belit-membelit, penuh tipu muslihat, percaya dan tidak percaya. Kita perhatikan sahaja.

Tinggalkan komen anda