Penangan obses Hello Kitty…


shadow

RUMAH pusaka usang yang pernah ditumbuhi cendawan bertukar menjadi rumah merah jambu (pink) dengan hiasan barangan Hello Kitty.

Itulah kreativiti seorang ibu yang juga pemilik rumah berkenaan apabila mengubahsuai rumah pusakanya di Kuala Kangsar, Perak.

Rumah usang itu kosong selepas pemergian kedua ibu bapanya sebelum dia mendapat ilham untuk mengubahsuai menjadi rumah ‘kartun’.

Menurut Hamidah Abdul Rahim, 48, rumah itu diubahsuai sebanyak tiga kali sebelum dihiasi dengan warna merah jambu sebagai simbolik kepada Hello Kitty.

“Daripada terbiar, baik saya ubah suai. Sekurang-kurangnya bila balik kampung kami teruja lihat rumah cantik.

“Sebelum ini, rumah diperbuat daripada papan menyebabkan cendawan mudah tumbuh. Saya tukar papan reput kepada simen dan membina satu lagi bilik air,” katanya.

KEADAAN asal rumah pusaka Hamidah sebelum diubah suai bertemakan warna merah jambu dan kartun Hello Kitty.

Hasil kreativiti Hamidah dimuat naik dalam laman sosial sehingga netizen memuji kesungguhannya, sekali gus menjadikan rumah itu keseluruhan merah jambu.

Dalam tulisannya, Hamidah memberitahu: “Alhamdulillah tahun ketiga berada di rumah pusaka moyang ku..Maaf rumah saya bukan banglo…jauh sekali bertingkat-tingkat dan mewah…tetapi syukur bila diberi kepercayaan untuk jaga rumah nih..tapi itulah saya nih memang giler pink dan juga HELLO KITTY …

“So rumah dulu yang begitu usang saya cuba perbaiki sedikit demi sedikit dan inilah hasilnya yang termampu saya buat…tetapi masih lagi terus berangan nak naik taraf sedikit demi sedikit yer….bila giler PINK so semua pun pink…sampai kuih raya dan air juga pink…pakaian jangan cakaplah kan…nasib anak-anak dan menantu sampai ke cucu pun sporting habis mengikut kerenah ibunya nak pink.”

Dia yang menetap di Kuala Lumpur akan pulang menjenguk rumah itu bersama ahli keluarganya setiap minggu.

“Saya cukup puas sebaik melihat hiasan dalam rumah ini,” katanya.

Tinggalkan komen anda