Lost World Of Tambun ditutup mulai esok


shadow

IPOH – Taman tema Lost World Of Tambun (LWOT) di sini akan ditutup sementara bermula esok sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

Dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu dibuat mengambil kira kepentingan kesihatan awam dan membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Berikutan pengumuman terbaru dibuat kerajaan, pihak pengurusan telah memutuskan untuk menutup sementara taman tema ini bermula 18 Mac iaitu esok sehingga notis diberitahu.

“Sebagai langkah pencegahan juga, pengurusan LWOT akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa melakukan disinfektasi di semua ruangan kunjungan pengunjung,” katanya.

Kenyataan itu juga menyebut, pihak LWOT akan membantu pengunjung-pengunjung memanjangkan tempoh tamat tiket ke taman tema yang telah dibeli.

Begitu juga tempahan di Lost World Glamping, Malayana Floating Villa dan Lost World Hotel yang dibuat melalui saluran pembelian asal.

“Maklumat lanjut boleh didapati di laman web LWOT di www.sunwaylostworldoftambun.com,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Tinggalkan komen anda