Melayu Perlu Tunjuk Protes di Slim



PRK Slim yang bakal diadakan pada 29 Ogos ni merupakan medan membuktikan bangsa Melayu merupakan bangsa pejuang yang tidak mudah alpa dengan janji-janji kosong UMNO dan PAS yang sebelum ini melaungkan isu perkauman seperti kematian arwah Adib, kelangtangan mereka menentang UEC dan SRJK dan yang paling utama, pengakuan mereka bahawa RUU355 hanya merupakan mainan politik semasa menjadi pembangkang.

Lama mana lagi Melayu nak dipermainkan dengan retorik para politikus UMPAS dalam mendapatkan sokongan rakyat? Selepas dapat, apa mereka buat? Habis dirobek, dirogol kepercayaan yang diberikan dengan mematikan semangat ‘perjuangan bangsa dan agama’ yang selama ini dimainkan.

Ayuh anak cucu Dato’ Maharaja Lela! Kembalikan semangat jati bangsa dan agama. Tunjukkan perjuangan sebenar masih hidup dalam diri anda semua! Pastikan undi anda nanti bakal mengukuhkan benteng memperkasakan kembali maruah Melayu dan Islam yang sebenar! Hidupkan kekuatan Pejuang anda demi maruah kita semua!

Tinggalkan komen anda