Forever 21 fail kebankrapan


shadow

BENGALURU: Peruncit fesyen Forever 21 Inc bersiap sedia untuk kemungkinan memfailkan perlindungan kebankrapan, demikian menurut laporan Bloomberg yang memetik sumber hampir dengan rancangan itu.

Syarikat itu sedang berunding bagi mendapatkan pembiayaan tambahan dan sedang berusaha dengan pasukan penasihat untuk membantu menyusun semula hutangnya.

Difahamkan rundingan dengan pemberi pinjaman terhenti setakat ini, kata Bloomberg.

Syarikat itu tidak memberi maklum balas terhadap permintaan Reuters untuk mendapatkan ulasan. – Reuters

Tinggalkan komen anda