Ringgit mendatar


shadow

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disebabkan kekurangan pemangkin.

Pada 9.22 pagi, ringgit tidak berubah berbanding dolar AS pada 4.1750/1800 paras penutup Rabu.

Peniaga berkata, ringgit dan mata wang Asia lain kemungkinan akan diperdagangkan dalam jajaran sempit menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell di Jackson Hole esok dengan jangkaan akan berlaku pemotongan kadar faedah selanjutnya.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.6284/6344 berbanding 4.6317/6377 penutup Rabu tetapi hampir mendatar berbanding pound British pada 5.0634/0712 daripada 5.0634/0703.

Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.9176/9234 daripada 3.9202/9264 dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0173/0213 daripada 3.0186/0226. – BERNAMA

Tinggalkan komen anda