Thailand haram import babi


shadow

BANGKOK: Thailand bakal mengharamkan import babi dari Myanmar selama 90 hari, susulan pengesahan kes pertama demam selesema Afrika di negara jiran itu minggu ini.

Pengharaman yang dijangka bermula minggu depan itu, membabitkan babi hidup dan babi hutan termasuk bangkai haiwan itu dari Myanmar, untuk mengelak wabak itu merebak ke Thailand.

Larangan itu juga susulan Thailand mengharamkan import babi dari Laos pada Jun lalu.

Ketua pengarah Jabatan Pembangunan Ternakan Thailand, Sorawit Thanito berkata, wabak pembunuh itu masih belum dikesan di Thailand.

“Tidak ada penularan wabak demam selesema Afrika di Thailand,” katanya kepada Reuters

Terdahulu, China turut mengenakan larangan terhadap import babi, babi hutan dan produk berkaitan dari Myanmar susulan kebimbangan terhadap wabak itu.

China sudah memerangi wabak itu sejak pertengahan tahun lalu. Demam selesema Afrika merebak ke seluruh wilayah dan rantau di China, termasuk Hong Kong dan Pulau Hainan, sejak ia mula dikesan di negara pulau itu Ogos lalu. – Reuters

Tinggalkan komen anda