Aplikasi video TikTok haram iklan politik


shadow

BENGALURU: Aplikasi video dari China, TikTok, berkata pihaknya tidak akan membenarkan iklan politik berbayar di platformnya, kerana ia bercanggah dengan pengalaman yang ditawarkan kepada golongan sasarannya.

TikTok yang dihasilkan oleh Beijing Bytedance Technology Co, memberi peluang kepada pengguna menghasilkan dan berkongsi video pendek dengan kesan khas.

Ia sangat popular dalam kalangan pengguna di Asia Tenggara dan India.ADVERTISING

“Kami tidak akan memberikan iklan berbayar untuk mempromosi atau membantah mana-mana calon, pemimpin masa kini, parti politik atau kumpulan, atau iklan bagi menyatakan sokongan atau mengenai sesuatu isu,” kata Naib Presiden Global Business Solutions TikTok, Blake Chandlee dalam satu entri di blog.

Pada Julai lalu, akhbar South China Morning Post melaporkan bahawa pengguna aktif TikTok di seluruh dunia kini mencecah angka 500 juta.

Platform terbabit sangat popular dalam kalangan remaja dan generasi muda, serta menarik pengguna dalam kalangan selebriti seperti Ariana Grande serta Katy Perry. – Reuters

Tinggalkan komen anda