Polis lancar gerakan buru pencuri berlian RM7,54 juta


shadow

TOKYO : Polis Jepun melancarkan gerakan memburu pencuri berlian bernilai lebih AS$1.8 juta (RM7.54 juta) yang dikesan hilang dari sebuah pameran barang kemas di luar Tokyo.

“Berlian itu dicuri semalam dan dianggarkan bernilai 200 juta yen. Kami percaya ia dicuri dari bekas penyimpanan,” kata jurucakap polis.

Berlian 50 karat itu dipamerkan selama tiga hari di bandar Yokohama dan turut disertai wakil syarikat asing, termasuk dari Russia serta China.

Menurut stesen penyiaran awam NHK, kejadian berkenaan disedari pekerja yang mendapati permata itu hilang, manakala bekas penyimpanan tidak berkunci.

Berlian milik sebuah firma Jepun itu adalah satu-satunya bahan yang hilang pada pameran berakhir hari ini. – AFP

Tinggalkan komen anda