Disney mahu namakan semula 20th Century Fox


shadow

NEW YORK: Disney akan menamakan semula 20th Century Fox bagi menjarakkan studio perfileman lagenda itu dari aset milik jutawan media Rupert Murdoch, lapor media Amerika Syarikat (AS) semalam.

Konglomerat hiburan itu pada tahun lalu memperoleh sebahagian besar aset kumpulan 21st Century, termasuk syarikat perfileman, manakala Murdoch selaku bekas pemilik dan beberapa pemegang saham lain mengekalkan pegangan ke atas beberapa saluran televisyen, termasuk Fox News.

Majalah Variety melaporkan bahawa gergasi hiburan terbabit memutuskan untuk menamakan semula anak syarikat itu bagi menghentikan sebarang kaitan dengan Fox, susulan imej ultra konservatif yang dibawa Murdoch dan rangkaian Fox News, iaitu sumber berita kegemaran Presiden Donald Trump.

Keputusan Disney itu adalah langkah penuh simbolik antara studio terawal Hollywood yang memulakan penerbitan pada 1914 dan bergabung dengan 20th Century Pictures pada 1935.

Menurut Variety, Disney bagaimanapun masih belum memutuskan nasib studio televisyen 20th Century Fox Television dan Fox 21 Television manakala syarikat gergasi itu juga tidak memberikan sebarang komen ketika dihubungi. – AFP

Tinggalkan komen anda