COVID-19 : Lebih 100,000 kes di AS, kluster tertinggi


shadow

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) kini mencatatkan lebih 100,000 kes positif COVID-19, menurut data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University (Johns Hopkins) sehingga jam 9.45 malam tadi mengikut waktu tempatan.

Kluster tertinggi setakat ini adalah New York yang mencatatkan lebih separuh daripada kes.

AS merekodkan lebih 15,000 kes yang disahkan, diikuti Itali selain mencatatkan lebih 20,000 kes berbanding China, di mana penyakit ini pertama kali dikesan.

Kadar kematian AS berdasarkan kes yang disahkan adalah 1.5 peratus, berbanding 10.5 peratus di Itali. Bagaimanapun, kadar kematian itu mungkin berkurangan, berikutan ujian yang dilakukan menunjukkan ramai orang yang positif namun tidak mempunyai gejala.

Bagaimanapun ia mungkin terus meningkat jika bandar atau negeri lain mengalami catatan kes seperti New York, yang menyaksikan lebih 500 kematian dan mengalami kekurangan katil hospital, kelengkapan perlindungan diri peribadi (PPE) dan ventilator.

Profesor Dasar Kesihatan Havard, Thomas Tsai, berkata peningkatan kes dapat dilihat menerusi pertambahan bilangan pesakit dimasukkan ke hospital serta dipantau di unit rawatan rapi (ICU).

“Kita sedang melihat pertambahan kes, peningkatan jumlah pesakit dimasukkan ke hospital, ke ICU serta pesakit yang diberikan bantuan mesin ventilator.

“Malangnya, kadar kematian itu semakin menyamai corak pertambahan kes New York, yang mungkin dicapai dalam beberapa hari atau minggu,” katanya.

SUMBER – AFP

Tinggalkan komen anda