COVID-19 : Merebak melalui udara, tidak benar – WHO


shadow

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menafikan bahawa wabak COVID-19 boleh merebak dan kekal di udara atau airbone selama lapan jam.

Penularan berita palsu itu di media sosial adalah tidak benar dan berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Menurut WHO, virus ini merebak melalui titisan cecair (droplet) apabila seseorang batuk, bersin dan bercakap.

“Titisan cecair (droplet) ini terlalu berat untuk bertahan di udara, ia akan terus jatuh di lantai atau permukaan.

“Orang ramai mudah berjangkit menerusi pernafasan dan sentuhan. Justeru, mereka perlu jarakkan diri dalam 1 meter antara satu sama lain,” pernyataan dari WHO.

Selain itu, kerap cuci tangan dan elakkan menyentuh mata, mulut dan hidung.

Tinggalkan komen anda